Asalamualaikum.
Tiada yang menarik untuk dikongsikan di sini. Tiada peluang untuk memuntahkan gambar-gambar. Tiada ayat puitis dan indah-indah yang menggedikkan. Tiada sebarang perkongsian yang boleh diisikan. Tiada benda menarik untuk dikarang. Jadi, marilah mengarang apa yang aku rasa nak karang. Agak-agak kalau bosan-bosan, boleh meneruskan pembacaan.
Ketika ini, malam yang membara di bumi Tronoh. Malam yang panas dan bilikku disinari dengan lampu-lampu jalan yang kurang menarik. Kelihatan dari tingkap bilikku, parking kereta di Pocket C kembali penuh. Al-maklumlah, hari Isnin. Cuba kalau hari Jumaat, kereta makin lama makin berkurang. Tidak ramai yang sanggup meluangkan 'weekend' mereka di bumi Tronoh.
Bukan maksud aku Tronoh tidak menarik. Tronoh menarik. Ada Tesco Sri Iskandar dan dekat dengan sate Bota yang sedap sehingga menjilat jari serta ada ikan bakar Bota sebagai pembuka selera makan tengah hari. Memang mudah untuk mencari makanan enak di Tronoh. Tapi aku merasakan kampung halamanku lebih menarik ketika ini. Masakan Mommy yang pastinya amat menyelerakan. Ada Damia Maisarah yang semakin lincah dan cergas mengisi kekosongan waktuku di rumah. Menarik.
Alhamdulillah. Hidup aku di kelilingi dengan kegembiraan.
Walaupun masih belum terasa kesibukan 'final year final sem', aku banyak meluangkan waktu aku dengan menonton drama-drama Korea dan juga English series. Menjadi seorang 'akak final year' memang mengagumkan.Walaupun aku rasa post kali ini kurang menarik, aku tetap ingin meneruskan penulisan. Semester ini, pergi ke kelas bagaikan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Satu input tiada dalam kepala. Apatah lagi untuk memulakan final year project, malas Ya Rabbi. Aku gelar diri aku 'lazy ass'.
Okay, I dont know what to talk more. Catch you again some other time.
Sayonara!








